Ombak Rindu....Adaptasi dari novel tulisan Fauziah Ashari lebih 10 tahun lepas....membariksn pelakon-pelakon yg mmg tgh hot skrg..Maya Karin (Izzah), Aaron Aziz (Hariz), Lisa Surihani (Mila), Bront Palare (Mael), Azizah Mahzan (Datuk Sufiah) dll....Filem romantik melo-drama yang menyajikan kehebatan cinta yang agung. Pertama menonton filem ni terpesona dgn keindahan panorama yang menjadi latar cerita. Dari ladang teh ke hamparan sawah padi dan keindahan pantai. Izzah seorang gadis kampung yang dijaga oleh pakcik saudaranya selepas kematian kedua orang tuanya di laut. Izzah mengajar anak-anak kampung mengaji. Di kampung Izzah disukai oleh Mael. Pemuda kampung yang mengharapkan cinta dari Izzah tapi malu untuk meluahkan rasa cintanya. Satu hari pakcik saudara Izzah mengajaknya untuk berkerja di Kuala Lumpur. Mulanya Izzah enggan untuk menuruti kata pakciknya tetapi Izzah terpaksa. Izzah sebenarnya dijual kepada seoarang pemilik kelab malam untuk dijadikan pelacur. Disini bermula pertemuan Izzah & Hariz , seorang pewaris perniagaan. Hariz telah meniduri Izzah malam itu. Izzah merayu & meminta simpati Hariz untuk membawanya keluar dari situ. Keegoan Hariz terhakis lalu "membeli" Izzah dari pemilik kelab malam tersebut. Izzah dibawa ke rumah milik Hariz. Disitu Izzah dijadikan perempuan simpanan Hariz untuk melepaskan nafsunya.
Izzah meminta kepada Hariz untuk menikahinya bagi menghalalkan perhubungan mereka dari segi agama. Mulanya Hariz enggan tetapi setelah melihat Izzah mengaji Hati Hariz tersentuh dan menikahi Izzah di Thailand tanpa pengetahuan sesiapapun. Hari-hari yang dilalui mereka menimbulkan rasa sayang walaupun malu untuk meluahkannya. Lagi pula Izzah hanya la perempuan simpanan Hariz...bukannya isterinya. Satu hari Hariz naik berang dan berlaku kasar terhadap Izzah. Hariz mahu Izzah gugurkan kandungannya kerana bagi Hariz perempuan itu tidak layak untuk mendapatkan zuriat darinya. Walhal Izzah yang muntah-muntah dan pening adalah disebabkan dia datang bulan dan bukannya disebabkan dia hamil. Dari situ Hariz serba salah terhadap Izzah.
Mulai saat itu Hariz berjanji tidak akan meninggalkan Izzah. Pernikahan rahsia mereka berdua akhirnya dapat dihidu oleh Datuk Sufiah, ibu kepada Hariz. Datuk Sufiah mahu Hariz meninggalkan Izzah dan meneruskan pernikahannya dengan Mila yang baru balik dari US setelah menamatkan pelajarannya. Mila amat mencintai Hariz sedari zaman persekolahan lagi dan mengharapkan akan mengakhiri percintaan mereka dengan perkahwinan. Klimaks percintaan bermula apabila Hariz tidak ingin meneruskan rancangan pernikahan mereka tetapi Mila menolak kerana terlalu cintakan Hariz. Izzah yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya Hariz akan bernikah dengan Mila akhirnya tahu berita tersebut apabila menonton televisyen. Hancur luluh hati Izzah tapi cuba memujuk hatinya. Di hari pernikahan Hariz & Mila, Izzah membawa diri balik ke kampung halamannya dan bertemu semula dengan Mael.
eerkkk.....nda larat sdh mau cerita....apa2 pun gi la tgk filem nie.....happy ending la jgk...
aku kasi 4 bintang la.....
No comments:
Post a Comment